Saturday, January 23, 2010

'Kenapa' #1

1. Kenapa semua jenis makanan segera yang berbentuk mi segera akan dipanggil maggi walaupun berjenama Indomie, Ibumie, Mi Cintan dan lain-lain?

2. Kenapa ada orang rasa Maggi Cup lebih sedap daripada Maggi dalam bungkus? Sedangkan rasa sebenarnya sama aje.

Friday, January 15, 2010

'Kenapa' yang harus dilempang.

1. Kenapa kita selalu mengkantuk masa dalam kelas tapi selalu jugak segar-bugar bila kelas habis? Busuk ye perbuatan sedemikian tapi selalu tak dapat nak elakkan. haha!

2. Kenapa kita sangat suka kelas dibatalkan/ditunda tapi esok lusa kita mencarut-carut bila tak habis belajar or tak faham apa dibelajar?

Okay, nak kasitau satu fakta yang bukan-bukan. Korang tau tak, mengkantuk sebenarnya adalah satu fenomena yang berjangkit. Kalau tak percaya, cuba korang perhatikan. Kalau dalam group ada seorang manusia menguap, konfirmmm lepas dia menguap, akan ada orang lain yang ikut menguap jugak. Betul, percayalah.

Okaylah, dah mengkantuk tapi masih belum habis baca buku untuk L&D. Babai.

*macamlah boleh tidur, sedangkan dok mengangkang dekat KFC lagi sebab lari dari perjumpaan pengetua kolej. haha!

Friday, January 1, 2010

5 'Kenapa' Yang Tidak Difahami 2010. (Dan tidak ingin difahami sebenarnya).

1. Kenapa orang dekat Facebook sangat teruja main Mafia Wars? Best sangat ke? Nampak macam bongok pun ada. No offence to people who are addicted to the game. (Tho I still can't grasp the idea of playing such things sampai emo gila. Motiff?)

2. Kenapa orang dekat MySpace sukkkaaaaaaaaaaaaaa nak tag kita dekat muka diorang? Ape motif pun tatau. Kalau handsome macam Patrick Dempsey or hotness macam Eva Longoria takpelah jugak. Ini setakat gambar yang sangat MySpace-ish dengan mata yang dibesar-besarkan sampai nak terjojol dengan muka yang koya chomel, baik tak payahlah.

3. Kenapa sangat ramai orang sukkaaaaaaaaaaaaaaaaaa segala macam mak nenek JPop, KPop dan segala macam lagi. I mean, bukan setakat sukkkaaaaaaaaaaaaaaa tapi sampai ke tahap gila-meroyan-kalau-kena-kutuk-sangatlah-defensive-tetiba kind of obsession. Seram okay kadang-kadang. Macam tingtong pun ada.

4. Kenapa semua orang sangat sukakan binatang berbulu seperti kucing dan anjing dan lain-lain? Kenapa takde orang nak appreciate kecantikan mengkarung, cicak, beruk dan lain-lain? haha! Bongok tapi betul okay. Kenapa perlu sangat racist terhadap binatang lain? Kalau diorang ada perasaan, maybe diorang bunuh diri sebab kechiwa.

5. Kenapa semua orang keterujaan nak sambut new year/merdeka dan entah apa-apa lagi benda yang nak diraikan? Sejak azali lagi, aku tak pernah rasa nak sambut apa-apa (except for my Birthday sebab best dapat hadiah and hari raya sebab dah berpuasa). I mean, what so significant about new year or Independence Day that you have to rave about? Mentunjukkan semangat patriotik? Dengan dengan konsert artis apa entah yang tak pernah didengar nama? Mentunjukkan motto new year new beginning? Dengan main segala macam buih yang dalam tin apentah tatau nama?

Sunday, December 27, 2009

Hati Manusia.

Boleh tak kalau nak tak suka dekat orang tanpa sebarang sebab? Or bagi alasan yang berbunyi : Ada aura yang membuatkan orang tak mensukai seseorang itu.

Sebab aku adalah sangat senang benci/mensampah/meluat dengan orang. Kenapa ye?

Monday, December 21, 2009

Pasaraya di Malaysia.

Kalau korang hebat, silalah atur ranking pasaraya dekat Malaysia mengikut kualiti dan ke-best-an. hihi!

- Tesco - Giant - Mydin - Ole-Ole - Pasaraya Bintang - Jaya Jusco - Carrefour - The Store -

Selamat berfikir perkara tak berfaedah. hihi!

Saturday, December 12, 2009

Jerawat yang ada kategori.

Satu entry yang keji, harap maklum. Sesiapa yang konon-konon tak boleh nak menghadap cerita keji, sila jangan baca.

Hidung adalah ditumbuh jerawat yang invisible. Ala, jerawat yang bila pegang hidung, akan rasa sakit tapi kau belek-belek hidung memang tak nampak. Sakit gila okay. Nak pinpoint dekat mana dia sakit betul-betul pun payah sebab rasa macam affect the whole nose. Benci gila kalau benda nie terjadi. Seksa tau tak?!

Kan, tak pepasal da emo. haha!

Dengan ini, saya membahagikan jerawat kepada tiga kategori, seperti yang berikut :-

a. Jerawat invisible
kriteria : Invisible. Sakit. Selalu tumbuh dekat hidung.

b. Jerawat pasir
Kriteria : Halus tetapi banyak. Berterabur sekitar pipi yang dekat dengan hidung (nak tunjuk dekat mana tapi adalah payah).

c. Jerawat batu
Kriteria : Besar. Bernanah. Banyak. Seksa.


Setakat ini, kulit muka masih belum ditumbuhi jerawat batu. Alhamdulillah. Harap-harap takkan naik dekat muka.

Okaylah. Nak berpura-pura buat kerja. Tata!

Ehh, lupa nak tanya. Dalam banyak-banyak cara tradisional yang anda gunakan untuk mengelakkan jerawat, petua apakah yang sememangnya tidak berkesan?

Monday, November 23, 2009

Sakitnya Hati.

Lately kan, adalah selalu berasa macam-macam. Bila happy, rasa macam kalau terjun dari KLCC pun masih boleh hidup and bila rasa macam taik, rasa macam kalau ada yang buat lawak bukan-bukan pastu kena jeling pon boleh mati on the spot. haha! *tetibe rasa insecure sebab budak-budak lain semua blogging dalam bahasa orang putih lepastuh rasa macam,"elehhh!sukatilah nak blogging dalam bahasa apa sekalipun sebab orang blogging for fun".

What makes me wonder is the fact that mana datangnya all these feelings? Okay, tak payah explain yang kau-adalah-ciptaan-Allah-yang-sempurna-dan-diberikan-perasaan sebab aku pun tahu benda tue. Rasa macam, bila sakit hati kan, korang dapat rasa tapi korang tak boleh nak pinpoint dekat mana rasa sakit and macamana rasa sakit itu. Lagipun, kenapa cakap sakit hati? Sebab kalau pergi hospital sebab bengang dengan orang lepas tue pergi X-Ray hati semua pun bukan ada apa-apa pun. Bukan macam bila kita rasa marah, kita X-ray terus hati kita kena kanser lepas tue kalau happy hati kita jadi macam sihat dan mampu membuatkan our liver to perform well in whatever functions it has in our body. Betul tak?

Lagipun, kenapakahhh mesti hati? Sebab kalau kita marah, jantung macam pam darah laju-laju (fakta mana taktau tapi macam betul. haha!) and bila dah over kena sakit jantung, bukan sakit hati pun. Tapi kenapakah kita kata sakit hati?

Nota Takde Kaitan : Cuba kira ada berapa perkataan 'macam' dalam entry nie, haha!