Showing posts with label Mustika Ratu. Show all posts
Showing posts with label Mustika Ratu. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Jerawat yang ada kategori.

Satu entry yang keji, harap maklum. Sesiapa yang konon-konon tak boleh nak menghadap cerita keji, sila jangan baca.

Hidung adalah ditumbuh jerawat yang invisible. Ala, jerawat yang bila pegang hidung, akan rasa sakit tapi kau belek-belek hidung memang tak nampak. Sakit gila okay. Nak pinpoint dekat mana dia sakit betul-betul pun payah sebab rasa macam affect the whole nose. Benci gila kalau benda nie terjadi. Seksa tau tak?!

Kan, tak pepasal da emo. haha!

Dengan ini, saya membahagikan jerawat kepada tiga kategori, seperti yang berikut :-

a. Jerawat invisible
kriteria : Invisible. Sakit. Selalu tumbuh dekat hidung.

b. Jerawat pasir
Kriteria : Halus tetapi banyak. Berterabur sekitar pipi yang dekat dengan hidung (nak tunjuk dekat mana tapi adalah payah).

c. Jerawat batu
Kriteria : Besar. Bernanah. Banyak. Seksa.


Setakat ini, kulit muka masih belum ditumbuhi jerawat batu. Alhamdulillah. Harap-harap takkan naik dekat muka.

Okaylah. Nak berpura-pura buat kerja. Tata!

Ehh, lupa nak tanya. Dalam banyak-banyak cara tradisional yang anda gunakan untuk mengelakkan jerawat, petua apakah yang sememangnya tidak berkesan?