Saturday, December 12, 2009

Jerawat yang ada kategori.

Satu entry yang keji, harap maklum. Sesiapa yang konon-konon tak boleh nak menghadap cerita keji, sila jangan baca.

Hidung adalah ditumbuh jerawat yang invisible. Ala, jerawat yang bila pegang hidung, akan rasa sakit tapi kau belek-belek hidung memang tak nampak. Sakit gila okay. Nak pinpoint dekat mana dia sakit betul-betul pun payah sebab rasa macam affect the whole nose. Benci gila kalau benda nie terjadi. Seksa tau tak?!

Kan, tak pepasal da emo. haha!

Dengan ini, saya membahagikan jerawat kepada tiga kategori, seperti yang berikut :-

a. Jerawat invisible
kriteria : Invisible. Sakit. Selalu tumbuh dekat hidung.

b. Jerawat pasir
Kriteria : Halus tetapi banyak. Berterabur sekitar pipi yang dekat dengan hidung (nak tunjuk dekat mana tapi adalah payah).

c. Jerawat batu
Kriteria : Besar. Bernanah. Banyak. Seksa.


Setakat ini, kulit muka masih belum ditumbuhi jerawat batu. Alhamdulillah. Harap-harap takkan naik dekat muka.

Okaylah. Nak berpura-pura buat kerja. Tata!

Ehh, lupa nak tanya. Dalam banyak-banyak cara tradisional yang anda gunakan untuk mengelakkan jerawat, petua apakah yang sememangnya tidak berkesan?

2 comments:

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

selaku pelanggan tetap jerawat dan masih setia ke hari ini walaupon sudah bertaraf 'boleh jadi bapak budak', adalah dengan ini saya memberi testimoni berkenaan apa yg cik ryn bincangkan.

saye sudah mengalami ketiga2 jenis jerawat. namun apa yg saya pahami adalah jerawat invisible di hidung (kadangkala di tepian bibir) adalah satu form jerawat batu tetapi dek kerana ia timbul di bahagian berlekuk, maka jerawat itu sukar kelihatan kerana jerawat batu tak semestinya terus kelihatan bernanah atau masak. ia mengambil tempoh masa yang lebih lama dari jerawat normal (atau mungkin kerana ia lebih sakit maka ia dirasai sebagai terlalu lama).

dalam kes saya, selalunya ia akan masak juga akhirnya dan kenikmatan yang dikecapi apabila ia dipecahkan secara manual, adalah amat tidak berbelah bahagi.

mungkin anda2 yang mengalami jerawat invisible ini tidak dapat melihatnya kerana ia mati dengan sendiri. ia tidak mustahil berlaku pada permukaan muka yang sememangnya tidak aktif jerawat.

p/s: abam tak pernah guna petua, apatah lagi OXY. motto abam, "layankan je..."

MakcikMuda said...

hahahahha! sengal. tapi betulla, jerawat invisible rynn selalunyew mati senirik. mungkin sbb kiciwa x mdapat layanan setimpal seperti jerawat2 lain yg ditonyoh bagai nak gila. hahahahha!