Monday, November 23, 2009

Sakitnya Hati.

Lately kan, adalah selalu berasa macam-macam. Bila happy, rasa macam kalau terjun dari KLCC pun masih boleh hidup and bila rasa macam taik, rasa macam kalau ada yang buat lawak bukan-bukan pastu kena jeling pon boleh mati on the spot. haha! *tetibe rasa insecure sebab budak-budak lain semua blogging dalam bahasa orang putih lepastuh rasa macam,"elehhh!sukatilah nak blogging dalam bahasa apa sekalipun sebab orang blogging for fun".

What makes me wonder is the fact that mana datangnya all these feelings? Okay, tak payah explain yang kau-adalah-ciptaan-Allah-yang-sempurna-dan-diberikan-perasaan sebab aku pun tahu benda tue. Rasa macam, bila sakit hati kan, korang dapat rasa tapi korang tak boleh nak pinpoint dekat mana rasa sakit and macamana rasa sakit itu. Lagipun, kenapa cakap sakit hati? Sebab kalau pergi hospital sebab bengang dengan orang lepas tue pergi X-Ray hati semua pun bukan ada apa-apa pun. Bukan macam bila kita rasa marah, kita X-ray terus hati kita kena kanser lepas tue kalau happy hati kita jadi macam sihat dan mampu membuatkan our liver to perform well in whatever functions it has in our body. Betul tak?

Lagipun, kenapakahhh mesti hati? Sebab kalau kita marah, jantung macam pam darah laju-laju (fakta mana taktau tapi macam betul. haha!) and bila dah over kena sakit jantung, bukan sakit hati pun. Tapi kenapakah kita kata sakit hati?

Nota Takde Kaitan : Cuba kira ada berapa perkataan 'macam' dalam entry nie, haha!

Saturday, November 21, 2009

Naik teksi.

Kenapalah tak ada ada orang jadikan kereta yang besar-besar macam Unser, Avanza dan yang sewaktu darinya jadi teksi. Kalau keluar, selalunya berlima. Naik teksi maksimum 4 orang. Jadi, terpaksa naik dua teksi instead. Benci betul.

Thursday, November 12, 2009

Pusing Keliling.

Petang semalam lepas jemput Puan J. dan Encik K. dari ofis, malas dah nak driving. So, Encik K. la yang driving. Tapi semalam adalah menggunakan laluan yang berlainan dari biasa. Boleh tak kalau aku kata aku sendiri sesat walaupun hanya duduk dekat seat belakang? hahahah! Semua jalan yang dilalui semalam adalah jalan nak elak jam.

Which one do you prefer, jalan yang jauh tetapi tidak jam atau jalan yang jam tetapi short cut? Masa yang diambil untuk lalu jalan yang jauh adalah sama dengan masa akan tersekat dalam jam.

Wednesday, November 11, 2009

Teknologi melampau.

Mulanya nak buat intro macam buat karangan 'Kepenggunaan Teknologi dalam Kehidupan Seharian : Pro dan Kontra'. Tapi dah jalan-jalan sikit sana-sini terus takde idea. haha! Silalah beringat yew, kalau ada idea cepat-cepat taep nanti takde idea maka blog pun berhabuk macam primary blog yang cerngang sampai sekarang tak habis-habis sebab stuck dekat episod dua.

Okay, sebenarnya bengang dengan blog sendiri sebab tak reti nak alter layout. Penat aje cari template comel-comel tapi tak reti pasang.(hint dekat Encik-pemasang-template-ada-style-macam-Erry-Putra-tapi-berdagu-lebih-hensem). Either instructions dia salah atau aku yang betul-betul buta IT sampai tak faham step-to-step dia yang memang dah simple gila tapi kenapa tak menjadi jugakkk?

Dua perenggan diatas adalah tidak berkaitan dengan persoalan saya. Harap maklum.

Persoalan : Kenapa orang yang cipta dapur gas tak dapat Nobel Prize?

When I was staying at my grandmother's earlier this year, there's one particular house which still use dapur kayu. As in, kau cari kayu api untuk masak nasi takde pakai tong gas petronas mahupun shell. Masa aku duduk dekat sana, adalah masih bermusim tengkujuh tahap air sungai naik gila sampai bilik mandi tenggelam (don't worry, bilik mandi dan jamban adalah berlainan). Disebabkan hujan lebat gila, adalah jarang orang nak seberang sungai walaupun ada bot. Sedangkan kau ada bot pun macam nak taknak aje seberang sungai, boleh tak bayangkan orang yang pakai sampan macamane takutnye? Boleh tak bayangkan orang yang pakai sampan itu adalah makcik tua sebaya nenek kau, macamanela takutnye?

Oleh yang demikian, satu hari yang tak berapa best sebab hujan tiga hari tak stop and nenek tak bagi main hujan lagipun memang sejuk gila dibayar pun taknak main, Acik aku suruhlah pergi ke rumah hujung kampung untuk kasi ration breakfast berupa roti ke biskut entahlah tak ingat. Bila sampai, borak-boraklah sekejap (bukan aku yang borak, sepupu yang borak sebab aku lambat sikit nak buat alih-bahasa dalam otak) Nenek yang duduk hujung kampung bagitaulah yang dapur dia dah roboh. Masa sepupu aku bagitau dekat aku kan, aku dah macam,"Adoii!Matilah rumah dah tak balance macamane tak sedar tadi dapur diorang dah takde?!". Sebenarnya yang roboh itu dapur kayu api diorang, bukan the whole kitchen.

Nenek hujung kampung itu ada dapur gas tapi diorang tak guna dengan alasan diorang takut nak pakai. Standardlah kawan-kawan, orang tua-tua agak takut dengan teknologi. Diorang siap ada tong gas Petronas lagi tapi entah berapa tahun mungkin beli masa aku pakai skirt pendek colour kuning dengan t-shirt Tom and Jerry (haha! Nenek yang duduk hujung kampung itu dipanggil Tom and Jerry sebab nama dia Fatumah, pendek panggil Tom, lepastuh adik dia tak ingatlah sapa nama tapi saje-saje panggil Jerry). Punyalah berkurun tong gas tue tak dipakai, sampai habis gas dekat dalam walaupun tak pakai.

Dahlah nak seberang sungai diorang pakai sampan aje, nak bawak tong gas lagi? Itu adalah kerja gila. Lagipun diorang adalah tak mahu menggunakan dapur gas jugak okay. Makanya, Acik Lelaki adalah membaiki dapur kayu mereka yang roboh dan petang itu mereka dapatlah makan nasi dengan bahagia. Sekian.

Berbalik kepada persoalan yang mungkin semua orang dah lupa, hahahah! Kenapa orang yang cipta dapur gas tak dapat Nobel Prize for their creation? Memanglah diorang macam tak memberi sebarang impak yang besar seperti rocket scientists tapi sanggupkah rocket scientists guna dapur kayu api untuk masak? Semua orang pun guna dapur gas, regardless of who you are tapi bukan semua orang (rasanyalah!) mendapat benefit from rocket science. Nampak tak ketidakadilan yang terjadi kepada scientist yang mencipta dapur gas? Sama jugaklah dengan orang yang mencipta kipas angin, oven dan sebagainya.

Nota Takde Kaitan : Masa musim hujan dekat kampung memang sangat tidak boleh buat apa-apa sampaikan nampak sofa hanyut pun boleh jadi eksaited and jakun gila. Siap report dekat Acik lagi berapa banyak sofa/almari dan perabot-perabot lain yang hanyut. hahahhaha! btw, hanyut bukan sebab rumah roboh ke hapa tapi adalah membuat winter cleaning. Iye, perbuatan keji mencemarkan alam sekitar tapi hahahha! Lawak okay nampak sofa hanyut.