Sunday, December 27, 2009

Hati Manusia.

Boleh tak kalau nak tak suka dekat orang tanpa sebarang sebab? Or bagi alasan yang berbunyi : Ada aura yang membuatkan orang tak mensukai seseorang itu.

Sebab aku adalah sangat senang benci/mensampah/meluat dengan orang. Kenapa ye?

Monday, December 21, 2009

Pasaraya di Malaysia.

Kalau korang hebat, silalah atur ranking pasaraya dekat Malaysia mengikut kualiti dan ke-best-an. hihi!

- Tesco - Giant - Mydin - Ole-Ole - Pasaraya Bintang - Jaya Jusco - Carrefour - The Store -

Selamat berfikir perkara tak berfaedah. hihi!

Saturday, December 12, 2009

Jerawat yang ada kategori.

Satu entry yang keji, harap maklum. Sesiapa yang konon-konon tak boleh nak menghadap cerita keji, sila jangan baca.

Hidung adalah ditumbuh jerawat yang invisible. Ala, jerawat yang bila pegang hidung, akan rasa sakit tapi kau belek-belek hidung memang tak nampak. Sakit gila okay. Nak pinpoint dekat mana dia sakit betul-betul pun payah sebab rasa macam affect the whole nose. Benci gila kalau benda nie terjadi. Seksa tau tak?!

Kan, tak pepasal da emo. haha!

Dengan ini, saya membahagikan jerawat kepada tiga kategori, seperti yang berikut :-

a. Jerawat invisible
kriteria : Invisible. Sakit. Selalu tumbuh dekat hidung.

b. Jerawat pasir
Kriteria : Halus tetapi banyak. Berterabur sekitar pipi yang dekat dengan hidung (nak tunjuk dekat mana tapi adalah payah).

c. Jerawat batu
Kriteria : Besar. Bernanah. Banyak. Seksa.


Setakat ini, kulit muka masih belum ditumbuhi jerawat batu. Alhamdulillah. Harap-harap takkan naik dekat muka.

Okaylah. Nak berpura-pura buat kerja. Tata!

Ehh, lupa nak tanya. Dalam banyak-banyak cara tradisional yang anda gunakan untuk mengelakkan jerawat, petua apakah yang sememangnya tidak berkesan?